Secara asasnya, terdapat dua jenis perkahwinan bukan Islam iaitu:
- Tanpa Lesen
Perkahwinan tanpa lesen adalah prosedur standard bagi pasangan yang memenuhi semua syarat perkahwinan tanpa memerlukan sebarang kelulusan khas.
- Syarat umur: Kedua-dua pihak berumur 21 tahun ke atas
- Status perkahwinan: Kedua-dua pihak berstatus bujang, duda, janda, atau balu
- Berlesen
Perkahwinan berlesen merujuk kepada situasi di mana pasangan perlu mendapatkan kelulusan khas (lesen) sebelum perkahwinan didaftarkan disebabkan oleh keadaan tertentu di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].
Beberapa keadaan tersebut termasuk:
- Perkahwinan tanpa notis pemberitahuan
Jika pasangan ingin melangsungkan perkahwinan tanpa perlu menunggu tempoh notis 21 hari, mereka boleh memohon lesen ini.
- Perkahwinan dengan pasangan perempuan berumur 16-18 tahun
Permohonan lesen ini perlu dikemukakan dan tertakluk kepada kelulusan diuruskan oleh JPN.
- Perkahwinan di tempat selain pejabat pendaftar
Jika pasangan ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi selain pejabat pendaftar seperti dewan, rumah ibadat atau tempat lain, mereka perlu memohon lesen ini.
- Perkahwinan antara pihak yang mempunyai hubungan persaudaraan dilarang
Jika pasangan mempunyai hubungan persaudaraan tertentu yang biasanya dilarang, mereka boleh memohon lesen ini untuk mendapatkan kebenaran khas.
Kelulusan akan diberikan oleh Ketua Menteri setelah mempertimbangkan undang-undang, agama, adat, atau kelaziman yang terpakai.