Bagi pasangan bukan Islam yang ingin mendaftar perkahwinan, agensi yang terlibat dalam urusan pendaftaran adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Setiap pasangan bukan Islam wajib mendaftar perkahwinan di JPN.
Prosedur asas:
- Permohonan pendaftaran perkahwinan
Permohonan boleh dibuat di cawangan JPN mengikut alamat kad pengenalan pemohon atau secara dalam talian di pautan berikut:
- Pamer notis perkahwinan
Selepas permohonan dibuat, notis perkahwinan akan dipamer dalam tempoh 21 hari di JPN.
- Pengupacaraan perkahwinan
Upacara perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat 21 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima.
Bagi permohonan yang telah tamat tempoh 6 bulan, pasangan perlu mengemukakan permohonan semula.
Rujukan: Portal JPN - Perkahwinan