Sebelum melangsungkan perkahwinan, bakal pasangan perlu memohon kebenaran berkahwin di pejabat agama.
Anda boleh memohon kebenaran secara terus dalam talian menerusi portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
Terdapat beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan, disahkan dan dimuat naik semula untuk tujuan pengesahan pejabat agama seperti ujian saringan HIV dan maklumat wali.
Pastikan anda menyemak dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan selepas permohonan dibuat secara dalam talian.
Bagi negeri-negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM, anda juga boleh memohon kebenaran secara dalam talian di pautan berikut:
Bagi pemohon dari negeri Sabah, permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat di pejabat agama daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Bagi kes-kes yang memerlukan kebenaran mahkamah, anda dinasihatkan untuk tidak menetapkan tarikh perkahwinan sebelum mendapat perintah mahkamah syariah.
Selepas kebenaran berkahwin diterima, anda dan pasangan boleh meneruskan perancangan majlis akad nikah dan walimatul urus yang telah dirancang.