Melangsungkan perkahwinan dengan bakal pasangan mempunyai beberapa langkah dan prosedur penting yang perlu anda ketahui. Secara asasnya, prosedur perkahwinan bagi pasangan Islam adalah seperti berikut:
- Kursus pra-perkahwinan
Wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Terdapat beberapa pengecualian mengikut status bakal pengantin serta keperluan jabatan agama Islam negeri masing-masing.
- Permohonan kebenaran berkahwin
Dibuat secara dalam talian atau di pejabat agama.
Setiap negeri mempunyai prosedur dan borang yang berbeza mengikut keperluan dan jenis permohonan kebenaran berkahwin.
Surat kebenaran berkahwin:
- Dikeluarkan oleh pejabat agama selepas semua dokumen lengkap
- Sah laku 90 hari dari tarikh dikeluarkan
- Akad nikah
Dijalankan oleh jurunikah bertauliah berdasarkan kebenaran berkahwin yang telah diperolehi.
Pasangan hendaklah mendapatkan sijil nikah daripada juru nikah atau pejabat agama setelah selesai akad nikah.