Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

  • Topik:
    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

  • Kategori

    Kerjaya
    Memohon Jawatan Perkhidmatan Awam
  • Persona

    Pencari Kerja
  • Agensi

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ialah sebuah badan berperlembagaan yang ditubuhkan untuk melantik, mengesahkan dalam perkhidmatan, dan melaksanakan tindakan tatatertib terhadap anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Selain daripada pelantikan di peringkat Persekutuan, SPA juga mempunyai bidang kuasa melantik bagi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.

Prosedur permohonan ke SPA

  1. Semak syarat lantikan/ deskripsi tugas/ gaji 

Secara umumnya, urusan pengambilan sesuatu jawatan atau Latihan Separa Perubatan adalah bergantung pada kekosongan jawatan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan. 

Anda juga boleh menyemak padanan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan bidang pengkhususan. 

  1. Iklan kekosongan jawatan di SPA

Iklan kekosongan jawatan boleh disemak di:

  1. Memohon kerja di bawah SPA

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

  1. Semak penjadualan penilaian/ pemeriksaan fizikal/ pancaindera dan kecerdasan/ assessment centre/ temu duga

Maklumat tentang penjadualan peperiksaan/ pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan/ assessment centre/ temu duga boleh disemak e-mel yang didaftarkan dalam SPA9 atau melalui saluran berikut: 

  1. Panduan hadir temu duga

Calon yang berjaya dipanggil untuk temu duga perlu melengkapkan resume di Sistem MyResume sebelum hadir temu duga.

Pastikan anda juga menyemak lokasi temu duga dan panduan yang diberikan di dalam emel panggilan.

  1. Tunggu keputusan 

Calon yang telah ditemu duga akan menerima keputusan temu duga melalui makluman emel.

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved