Skim Perubatan MADANI

  • Topik:
    Skim Perubatan MADANI

  • Kategori

    Kesihatan
    Fasiliti dan Kemudahan Kesihatan
  • Persona

  • Agensi

    Protect Health

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan.

10 daerah dengan klinik panel berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI:

  • W.P Kuala Lumpur
  • Gombak, Selangor
  • Hulu Langat, Selangor
  • Petaling, Selangor
  • Klang, Selangor
  • Johor Bahru, Johor
  • Kinta, Perak
  • Timur Laut, Pulau Pinang
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Kuching, Sarawak

Kelayakan Skim Perubatan MADANI

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
  • Kelayakan adalah secara automatik
  • Mereka yang layak wajib mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama dengan skim ini daripada agensi kerajaan lain

Rawatan sakit ringan yang diberikan:

  • Demam dan selsema
  • Cirit birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Jumlah manfaat yang diterima:

  • Isi rumah berkeluarga: RM250 
  • Warga emas tanpa pasangan: RM125
  • Bujang: RM75

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved