Apakah Lesen Kenderaan Motor?
Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau sering dikenali sebagai ‘roadtax’ adalah dokumen yang dikeluarkan oleh JPJ untuk membenarkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya. Permohonan pembaharuan LKM boleh dikemukakan oleh pemilik kenderaan berdaftar atau wakilnya.
Syarat memperbaharui lesen kenderaan motor:
- Insurans kenderaan aktif (minimum 1 tahun)
- Lulus pemeriksaan di PUSPAKOM atau pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) (untuk kenderaan tertentu seperti kenderaan perdagangan atau kenderaan berusia lebih 10 tahun)
- Tidak senarai hitam oleh JPJ atau PDRM
Cukai jalan digital (e-LKM)
Mulai tahun 2023, JPJ telah memperkenalkan e-LKM (Lesen Kenderaan Motor Digital), menggantikan pelekat fizikal.
- Boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ atau portal MySIKAP
- Tidak wajib untuk melekat pelekat cukai jalan (kecuali untuk kenderaan perdagangan)