Setiap jenis lesen memandu perlu diperbaharui mengikut tempoh sah.
Jenis lesen yang boleh diperbaharui serta tempoh sah laku:
- LDL (Lesen Belajar Memandu): 3 atau 6 bulan (maksimum 2 tahun)
Rujukan: Pembaharuan Lesen Belajar Memandu LDL
- CDL (Lesen Memandu Kompeten): 1 - 5 tahun
Rujukan: Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten CDL
- PSV / GDL/ Konduktor (Lesen Vokasional): 1 tahun
Rujukan: Permohonan Lesen Vokasional GDL, PSV dan Konduktor
Lesen yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun adalah tidak sah, tidak berkuatkuasa dan tidak boleh diperbaharui (selain LDL). Pemegang lesen perlu mengulang semula keseluruhan proses bagi memohon lesen memandu dari awal.
Lesen PDL tidak boleh diperbaharui selepas memegang lesen tersebut selama tempoh matang 2 tahun. Pemegang perlu menukar kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun.
Cara membaharui lesen:
1. Secara fizikal (kaunter)
- JPJ Negeri/ Cawangan/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Kaunter JPJ Mobile
- Pejabat Pos Malaysia
- Kios
2. Secara dalam Talian
- Portal MySIKAP
- Aplikasi mudah alih MyJPJ
- Portal MyEG
Lesen Digital:
Selepas permohonan/pembaharuan LDL/PDL/CDL, anda boleh menggunakan versi lesen digital melalui aplikasi MyJPJ.