Memohon Lesen Memandu

  • Views: 1

    Topik:
    Memohon Lesen Memandu

  • Kategori

    Pengangkutan
    Lesen Memandu
  • Persona

  • Agensi

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Berikut ialah proses umum untuk mendapatkan lesen motosikal atau motokar (Kelas B2/ B atau D/ DA):

1. Daftar dengan Institut Memandu Bertauliah

  • Pilih institut memandu berdaftar dengan JPJ.
  • Menjalani kursus teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01)

2. Menjalani dan lulus ujian undang-undang jalan raya Bahagian 1 

3. Terima lesen belajar memandu (LDL)

  • Dikeluarkan selepas lulus ujian teori Bahagian 1
  • Sah untuk menjalani latihan praktikal memandu.

4. Menjalani latihan praktikal memandu di litar dan jalan raya

  • Latihan litar (6 jam) dan jalan raya (10 jam) mengikut Kurikulum JPJ
  • Wajib menyelesaikan minimum jam latihan yang ditetapkan.

5. Menjalani ujian memandu

  • Ujian memandu dilaksanakan oleh penguji daripada JPJ.
  • Terbahagi kepada 2 bahagian:
    • Ujian litar
    • Ujian jalan raya

6. Terima lesen memandu percubaan (PDL)

7. Terima Lesen Memandu Kompeten (CDL)

  • Selepas memegang lesen PDL selama tempoh matang 2 tahun, pemegang perlu menukar lesen PDL kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun
  • Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya ianya digantung menerusi sistem demerit sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved