Apakah JPJeBid?
JPJeBid ialah sistem bidaan dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan orang awam membida nombor pendaftaran kenderaan pilihan mereka secara terbuka dan telus.
Syarat membida:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Memiliki akaun JPJeBid di mana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu
- Nombor SSM diperlukan bagi syarikat
- Mempunyai baki wang mencukupi untuk bidaan
- Rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam aplikasi JPJeBid
Sekiranya anda memenangi bidaan:
- Anda akan menerima notis kelulusan bidaan dalam tempoh 24 jam.
- Nombor plat boleh:
- Didaftarkan terus ke kenderaan baharu
- Disimpan (reserve) selama 12 bulan
Maklumat penting:
- Deposit akan dipulangkan jika bidaan gagal (dalam tempoh 14 hingga 30 hari)
- Satu nombor plat hanya boleh dimenangi oleh 1 individu/syarikat
- Rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam aplikasi JPJeBid
Anda juga boleh membida nombor plat kenderaan menerusi portal MySIKAP atau aplikasi JPJeBid Mobile.