Adalah menjadi fitrah pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapat cahaya mata sebagai waris serta mengembangkan keluarga. Namun, bagi pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata sendiri, mereka masih boleh mencurahkan kasih sayang dan membesarkan anak melalui anak angkat.
Apa itu pengangkatan?
Pengangkatan ialah proses di mana hak dan tanggungjawab ibu bapa kandung terhadap seorang kanak-kanak dipindahkan kepada ibu bapa angkat secara sah terhadap seorang kanak-kanak dipindahkan kepada ibu bapa angkat secara sah.
Jenis Pengangkatan di Malaysia
- Pengangkatan De Facto melalui JPN (Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952) Akta 253
- Terpakai kepada semua rakyat Malaysia, termasuk Islam dan bukan Islam
- Tempoh jagaan kanak-kanak 2 tahun ke atas
- Tidak memerlukan perintah mahkamah
- Pengangkatan ini boleh dibatalkan sekiranya kanak-kanak didera atau diabaikan
- Pengangkatan melalui mahkamah (Akta Pengangkatan 1952) Akta 257
- Terpakai kepada bukan Islam sahaja
- Perintah pengangkatan dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen, Tinggi dan Rayuan
- Selepas perintah pengangkatan dikeluarkan, sijil kelahiran dibawah akta kelahiran dan kematian (Akta 299) akan digantikan dengan sijil kelahiran yang baru
