Prosedur pengangkatan

  • Topik:
    Prosedur pengangkatan

  • Kategori

    Pengenalan Diri
    Daftar Pengangkatan
  • Persona

    Ibu Bapa kepada Anak Kecil (0-7 tahun)
  • Agensi

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Terdapat dua jenis prosedur pengangkatan iaitu pengangkatan secara de facto melalui JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses pengangkatan adalah melalui perintah mahkamah sahaja.

Prosedur Pengangkatan

  1. Pengangkatan De Facto melalui JPN:
  • Ibu bapa angkat memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana keluarga itu bermastautin
  • Jika diluluskan, pengangkatan akan didaftarkan dan sijil anak angkat akan dikeluarkan

  1. Pengangkatan melalui mahkamah:

Semenanjung:

  • Pemohon perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman. 
  • Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
  • Perintah Pengangkatan akan dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Rayuan.

Sabah:

Di Sabah, terdapat tiga kategori permohonan anak angkat iaitu:

  • Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja
  • Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan orang asal (native)
  • Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam

  • Pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan JPN di Sabah untuk mendaftarkan pengangkatan

Sarawak:

Permohonan  pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah. 

  • Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi pelantikan daripada firma guaman untuk permohonan di mana-mana cawangan JPN di Sarawak

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved