Memohon MyKad 12 Tahun

  • Topik:
    Memohon MyKad 12 Tahun

  • Kategori

    Pengenalan Diri
    Kad Pengenalan
  • Persona

    Ibu Bapa kepada Kanak-kanak (7-12 tahun)
  • Agensi

    National Registration Department (Jabatan Pendaftaran Negara)

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia yang mencapai umur 12 tahun wajib mendaftar kad pengenalan.

Prosedur permohonan 12 tahun:

  • Pemohon perlu hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Dokumen diperlukan:
    • Sijil Kelahiran Asal
    • Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
  • Permohonan pertama adalah percuma jika dibuat dalam tempoh 30 hari selepas umur 12 tahun

Bayaran RM10 akan dikenakan selepas 30 hari sehingga anak tersebut berusia 16 tahun. 

Selepas umur 16 tahun, pendaftaran MyKad adalah dikira sebagai pendaftaran  lewat dan bayaran denda akan dikenakan. 

Anak saya yang merupakan warganegara Malaysia berada di luar negara bersama saya sebelum usia 12 tahun sehingga usianya lebih 16 tahun. Bagaimana cara untuk saya memohon kad pengenalan beliau?

Anak anda perlu memohon kad pengenalan dalam tempoh 30 hari selepas kembali ke tanah air. Tiada bayaran dikenakan dalam tempoh ini.

Topik baru: Penggantian MyKad

Penggantian diperlukan jika:

  • Kehilangan atau kecurian MyKad
  • MyKad rosak atau tidak boleh dibaca
  • Penukaran maklumat seperti alamat atau agama
  • Caj akan dikenakan berdasarkan sebab penggantian

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved