TABIKA Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara.
Program ini diwujudkan untuk memberi pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan penekanan kepada perpaduan etnik dan integrasi nasional sejak usia muda.
Ciri-Ciri TABIKA Perpaduan
- Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
- Fokus kepada pemupukan nilai perpaduan dengan penyertaan murid dari pelbagai etnik dan budaya
Syarat Kemasukan TABIKA Perpaduan
Warganegara Malaysia
- Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun persekolahan (keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun)
- Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi TABIKA Perpaduan
- Murid-murid bukan berkeperluan khas
- Penyertaan terbuka kepada semua etnik dengan matlamat meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat melalui:
- Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di daerah masing-masing.
- Melalui sistem pendaftaran TABIKA Perpaduan dalam talian.
- Melalui guru atau pengurusan TABIKA Perpaduan di kawasan tempat tinggal.