Tadika swasta di Malaysia merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta. Ia menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak berumur 4-6 tahun dengan tujuan membina asas yang kukuh dalam perkembangan akademik, sosial dan emosi sebelum mereka memasuki sekolah rendah.
Antara kategori tadika swasta di Malaysia:
- Tadika Swasta
- Menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
- Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Program tambahan seperti QDEES atau BIR ALI
- Tadika di Sekolah Antarabangsa
- Menggunakan kurikulum luar negara seperti Kurikulum British, Australia, Canada atau Amerika
- Hanya beroperasi di sekolah antarabangsa
Semua tadika swasta perlu berdaftar dengan agensi kerajaan yang berkaitan:
- Tadika Swasta – Berdaftar di bawah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Tadika Islam / Pusat Tahfiz – Perlu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) jika menawarkan kurikulum agama