Sekolah Menengah Pendidikan Khas

  • Topik:
    Sekolah Menengah Pendidikan Khas

  • Kategori

    Sekolah & Pendidikan
    Sekolah Menengah
  • Persona

    Ibu Bapa kepada Remaja (12-17 tahun)
    Ibu Bapa kepada Kanak-kanak (7-12 tahun)
  • Agensi

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kategori Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Sekolah Menengah Pendidikan Khas terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kategori murid:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK)
    • Sekolah yang sepenuhnya dikhaskan untuk MBPK yang cemerlang dalam akademik
    • Mempunyai kemudahan khas seperti alat bantu pengajaran, terapi pertuturan, bilik sumber pendidikan khas dan guru yang terlatih.

  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)
    • Menawarkan pendidikan berasaskan kemahiran untuk membantu MBPK membina kerjaya selepas tamat persekolahan
    • Kursus termasuk Teknologi Jahitan, Penyediaan Makanan dan Mekanik

Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kawalan KPM

  • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 

MBPK ditempatkan dalam kelas PPKI dalam sekolah menengah biasa

Mereka belajar dalam program khas tetapi masih boleh menyertai aktiviti bersama murid lain

  • Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Program pendidikan yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan

Rujukan: KPM Pendidikan Khas

Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas

Kurikulum ini bergantung kepada kategori murid

  1. Kurikulum Kebangsaan
    • Digunakan oleh murid yang boleh mengikuti kurikulum kebangsaan dengan pengubahsuaian atau sokongan tambahan

  1. Kurikulum Kemahiran
    • Digunakan di SMPKV, menekankan latihan kemahiran untuk murid MBPK
    • Murid boleh memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang membolehkan mereka terus bekerja atau melanjutkan pelajaran ke kolej kemahiran

Syarat Kemasukan:

  • Murid yang telah dikenal pasti sebagai MBPK yang mempunyai kad OKU melalui penilaian pengamal perubatan/ pakar pendidikan khas 
  • Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ SMPKV akan menilai keperluan murid sebelum menentukan sama ada mereka sesuai ditempatkan dalam SMPK atau PPKI
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved