Selain daripada sekolah menengah aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menghantar anak mereka ke institusi pendidikan swasta (IPS).
IPS ini dikendalikan oleh syarikat sendirian berhad, pertubuhan/persatuan, yayasan, koperasi atau kedutaan negara berkenaan.
Jenis Sekolah Menengah Swasta di Malaysia
- Sekolah Menengah Akademik
Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Sekolah Menengah Agama
Menggunakan kurikulum kebangsaan dan program tambahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri
- Sekolah Antarabangsa
- Menawarkan kurikulum negara luar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
- 5 kurikulum yang dibenarkan:
- Kurikulum British
- Kurikulum Amerika
- International Baccalaureate (IB)
- Kurikulum Kanada
- Kurikulum Australia
- Contoh peperiksaan: Cambridge IGCSE, A-Level, SAT
- Sekolah Pendidikan Khas
- Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas
- Sekolah Ekspatriat
- Menggunakan kurikulum dan bahasa pengantar negara asal
- Memberikan pendidikan khusus kepada komuniti negara tersebut
- Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
- Penilaian utama adalah Unified Examination Certificate (UEC)