Program PERMATA Negara ialah inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2007 untuk menyediakan asuhan dan didikan berkualiti kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun. Ia memberi fokus kepada penjagaan, pendidikan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di pusat asuhan.
Program PERMATA Negara dilaksanakan melalui Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang ditubuhkan di pelbagai lokasi di seluruh negara. PAPN menyediakan persekitaran yang kondusif dengan fasiliti yang sesuai untuk perkembangan awal kanak-kanak.
Syarat kemasukan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 4 tahun ke bawah
- Keutamaan kepada ibu bapa dengan pendapatan isi rumah RM4,000.00 dan ke bawah
- Jarak PAPN yang dimohon tidak melebihi 10 km dari kawasan rumah atau tempat kerja.