Perkhidmatan ini membolehkan individu atau pasangan yang ingin menjadi ibu bapa pelihara memohon pengambilan anak pelihara secara dalam talian. Permohonan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan setiap anak pelihara diberikan kepada keluarga yang layak dan memenuhi syarat.