Perkhidmatan ini membolehkan murid Tingkatan 3 membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi Tingkatan 4. Pemilihan berdasarkan kelayakan akademik, kokurikulum, dan saringan tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).