SOROTAN
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa atau penjaga membuat carian institusi pendidikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sistem SMOKU (Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya) membolehkan semakan status pendaftaran OKU secara dalam talian menggunakan No. MyKad/MyKid atau No. Pendaftaran OKU tanpa perlu hadir ke pejabat JKM
Perkhidmatan ini membolehkan calon MUET menyemak keputusan peperiksaan mereka bagi tempoh dua tahun ke belakang secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon yang telah menduduki ujian MUET On Demand (MoD) menyemak keputusan peperiksaan mereka secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon menyemak keputusan Malaysian University English Test (MUET) secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan calon SPM menyemak keputusan peperiksaan mereka secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkhidmatan ini hanya tersedia apabila keputusan SPM dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan. *Pautan semakan hanya boleh diakses semasa tempoh aktif tertentu.
Portal rasmi untuk memohon jawatan tidak berpangkat (Konstabel, Konstabel Sokongan), perjawatan pegawai (Inspektor, Sarjan), termasuk Sukarelawan & Polis Bantuan
Perkhidmatan ini membolehkan individu membuat permohonan gantian kad rosak, kad hilang atau cip rosak pada kad pengenalan (MyKad).
Aplikasi Perubatan MADANI adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memberi bantuan kesihatan kepada golongan B40 spesifik untuk Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan). Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim ini. Pemohon boleh 1) menyemak kelayakan, 2) melakukan carian klinik yang berdaftar, dan 3) menyemak baki mereka untuk Skim Perubatan MADANI melalui aplikasi ini.
Aplikasi MyUbat membolehkan pesakit menyemak rekod preskripsi ubat mereka.
Perkhidmatan ini membolehkan warganegara Malaysia memohon pelbagai jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam melalui sistem SPA9 secara dalam talian.
Permohonan bantuan kewangan khas untuk golongan OKU oleh JKM melibatkan Bantuan Alat Sokongan/Alat Tiruan (BAT) – untuk membeli alat seperti kerusi roda atau kaki palsu.
Permohonan bantuan kewangan khas untuk golongan OKU oleh JKM melibatkan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – kepada OKU dewasa yang tiada upaya kerja
Carian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) melalui portal PAWE JKM membolehkan pengguna mencari lokasi PAWE berhampiran yang menyediakan aktiviti harian, sokongan sosial dan perkhidmatan komuniti untuk warga emas di seluruh negara.