MyFutureJobs ialah portal pekerjaan nasional yang diselia oleh PERKESO, menawarkan pelbagai peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta di seluruh Malaysia. Portal ini menggunakan teknologi AI untuk memadankan pencari kerja dengan jawatan yang sesuai berdasarkan profil dan kemahiran mereka.
Platform MyNext Talent oleh TalentCorp menyediakan peluang latihan industri berstruktur di syarikat-syarikat yang diiktiraf di Malaysia. Melalui program MySIP, pelajar dijamin menerima elaun minimum dan latihan kemahiran tambahan.
Perkhidmatan ini membolehkan pelajar institusi pengajian tinggi memohon tempat latihan industri melalui platform LI@GREaT yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
MyBijak Kewangan ialah portal nasihat dan pengurusan kewangan oleh AKPK yang menyediakan pelbagai alat bantu kewangan digital termasuk penilaian kesihatan kewangan, modul e-pembelajaran, artikel nasihat kewangan, dan simulator bajet peribadi. Ia direka khas untuk membantu rakyat Malaysia merancang, menyemak dan menambah baik tahap kewangan mereka secara percuma dan mudah.
MySPIKE ialah sebuah sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Tujuannya ialah memperkemas dan meningkatkan proses penyampaian serta pengurusan latihan kemahiran di Malaysia melalui digitalisasi.
Portal iJPW ialah sistem pendaftaran dan permohonan program pembangunan wanita kendalian Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), termasuk latihan keusahawanan, pemerkasaan ekonomi wanita, pendidikan gender dan pembangunan komuniti.
WFW ialah saluran digital yang membolehkan pekerja di Malaysia, termasuk pekerja muda, mengemukakan aduan berkaitan pekerjaan tanpa rasa takut akan hukuman atau balasan.
Portal rasmi PDRM untuk permohonan jawatan seperti Inspektor (YA‑7), Konstabel (YA‑1) dan lain melalui sistem online — termasuk pendaftaran, permohonan, semakan status, cetak surat panggilan & borang tapisan.
Aplikasi rasmi PPZ-MAIWP untuk pengiraan, pembayaran dan semakan zakat serta wakaf secara mudah dan interaktif, termasuk penyimpanan penyata zakat yang diiktiraf LHDN dan pemberitahuan notifikasi pembayaran
Perkhidmatan ini membolehkan waris atau pemohon menyemak status permohonan pembetulan maklumat berkaitan kematian dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), termasuk pembatalan atau pindaan sijil kematian, secara dalam talian.
Yayasan Peneraju menawarkan pelbagai program pembiayaan untuk meningkatkan kualiti, kuantiti, dan keberkesanan bakat Bumiputera melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional, dan vokasional. Yayasan Peneraju
Perkhidmatan ini membolehkan peminjam memohon surat pengesahan untuk menesahkan baki pinjaman.
Perkhidmatan ini membolehkan pemilik akaun SSPN atau peminjam PTPTN memohon potongan gaji untuk menambah simpanan atau menyelesaikan pinjaman pendidikan.
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna membuka akaun Simpanan SSPN secara dalam talian melalui aplikasi MyPTPTN untuk tujuan simpanan pendidikan anak-anak.
Simpanan SSPN merupakan skim simpanan pendidikan yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu ibu bapa membuat simpanan pendidikan anak-anak dengan pelbagai manfaat seperti pelepasan cukai dan perlindungan takaful.