Ibu Hamil

Icon Persona Ibu Hamil

Views: 51

Perjalanan Persona

Image Content Life Event Fasa Kehamilan

Merancang Kehamilan

Perancangan keluarga merupakan usaha pasangan suami isteri untuk merancang bilangan dan jarak kelahiran anak mengikut kemampuan fizikal, emosi dan kewangan mereka. Di Malaysia, perancangan keluarga disokong oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Image Content Life Event Fasa Kehamilan

Fasa Kehamilan

Anda hamil! Dalam tempoh ini, aspek kesihatan sangat dititikberatkan termasuk pemantauan kesihatan ibu dan perkembangan bayi serta sokongan emosi. Penjagaan awal ini penting bagi memastikan kehamilan berjalan lancar dan risiko komplikasi dapat dielakkan. Bakal ibu juga perlu mendaftar rekod kehamilan di klinik kesihatan untuk membuka Buku Pink. Ketahui maklumat dan info penting semasa fasa yang mengujakan ini.

Image Content Life Event Fasa Kehamilan

Menyambut Kelahiran

Detik yang dinantikan oleh setiap bakal ibu bapa adalah menyambut kelahiran cahaya mata. Fasa ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti menyediakan keperluan bayi, memahami tanda-tanda bersalin serta membuat perancangan penjagaan selepas kelahiran. Dalam sistem kesihatan Malaysia, bakal ibu digalakkan bersalin di fasiliti kesihatan yang selamat di bawah seliaan pegawai perubatan.

Image Content Life Event Fasa Kehamilan

Penjagaan Selepas Bersalin

Selepas bersalin, pemulihan fizikal dan penjagaan emosi adalah tempoh kritikal bagi ibu yang sedang berpantang. Manakala bayi memerlukan penjagaan rapi dari segi penyusuan, kebersihan dan kesihatan. Lawatan susulan ke klinik kesihatan, pemantauan tumbesaran bayi serta sokongan emosi kepada ibu adalah sebahagian daripada aspek penjagaan selepas bersalin.

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved