Proses mendaftar perceraian Islam adalah berbeza mengikut negeri. Pendaftaran perceraian hanya boleh dilakukan selepas perceraian disahkan oleh Mahkamah Syariah.
Berikut adalah proses mendaftar perceraian pasangan Islam.
Daftar di Jabatan Agama Islam Negeri
Setelah mendapat Perintah Cerai dari Mahkamah Syariah, pihak yang bercerai perlu ke Jabatan Agama Islam Negeri untuk:
- Mendaftarkan perceraian secara rasmi
- Mendapatkan sijil perceraian Islam (asal dan salinan)
- Membatalkan sijil perkahwinan asal
Anda juga boleh membuat pendaftaran secara dalam talian atau hadir terus ke pejabat agama daerah bagi negeri yang tidak mempunyai sistem dalam talian.
Pemohon yang telah kematian pasangan (cerai mati) perlu mendaftarkan status perkahwinan tersebut di pejabat agama.
Tarikh dikemaskini: 15/7/2025
Komen topik ini