Pasangan Ingin Bercerai

Icon Persona Pasangan Ingin Bercerai

Bagi pasangan bukan Islam yang ingin memfailkan permohonan cerai, tempoh perkahwinan mestilah telah genap dua tahun kecuali dengan kebenaran khas mahkamah.

Prosedur perceraian bagi pasangan bukan Islam di Malaysia adalah seperti yang berikut.

  1. Failkan petisyen cerai di Mahkamah Tinggi

Permohonan sama ada petisyen perceraian bersama atau petisyen perceraian dipertikaikan.

  1. Sebutan dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi

Jika mahkamah berpuas hati dengan permohonan perceraian, Perintah Mahkamah Sementara (Dekri Nisi) akan dikeluarkan.

Selepas tiga bulan, pasangan boleh memohon Dekri Nisi Mutlak (Sijil Perceraian).

  1. Tribunal perkahwinan (jika berkaitan)

Bagi kes pasangan dengan perceraian yang dipertikai, pemohon perlu merujuk kepada Tribunal Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kecuali bagi beberapa keadaan.

  1. Pengemaskinian maklumat perceraian

Pemohon perlu mengemukakan Dekri Nisi Mutlak asal yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk pengemaskinian maklumat penceraian di JPN.

Tarikh dikemaskini: 19/7/2025

Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved