Views: 67
Perjalanan Persona

Merancang Perkahwinan
Terdapat pelbagai prosedur dan perkara yang perlu dipertimbangkan apabila anda dan pasangan ingin melangsungkan perkahwinan. Ini termasuk mengenal pasti status permohonan kebenaran berkahwin bagi pasangan Islam serta jenis kebenaran berkahwin bagi pasangan bukan Islam Selain itu, perancangan asas seperti pengetahuan asas rumah tangga menerusi kursus pra-perkahwinan, pemeriksaan kesihatan dan dokumen yang diperlukan juga penting bagi memastikan urusan hari bahagia anda berjalan lancar.

Melangsungkan Perkahwinan
Apabila anda dan pasangan telah menerima kebenaran untuk berkahwin, majlis akad nikah boleh dilangsungkan mengikut perancangan. Ikuti prosedur dan langkah-langkah asas melangsungkan perkahwinan bagi pasangan Islam dan bukan Islam di dalam perjalanan ini.

Fasa Selepas Perkahwinan
Permulaan kehidupan baharu sebagai suami isteri yang sah telah bermula. Bagi setiap pasangan, pastikan perkahwinan tersebut didaftarkan secara rasmi dengan mendapatkan sijil nikah atau sijil pendaftaran perkahwinan daripada pejabat agama atau Jabatan Pendaftaran Negara. Semasa fasa ini juga, pasangan pengantin baru boleh mengambil peluang untuk berbulan madu. Dapatkan maklumat lanjut dengan mengikuti topik yang disediakan khusus untuk perjalanan persona ini.