Bantuan & Kebajikan
Views: 36
Bantuan Kesihatan
Skim Perubatan MADANI
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 mendapatkan rawatan sakit-sakit ringan.
10 daerah dengan klinik panel berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI:
- W.P Kuala Lumpur
- Gombak, Selangor
- Hulu Langat, Selangor
- Petaling, Selangor
- Klang, Selangor
- Johor Bahru, Johor
- Kinta, Perak
- Timur Laut, Pulau Pinang
- Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching, Sarawak
Kelayakan Skim Perubatan MADANI
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
- Kelayakan adalah secara automatik
- Mereka yang layak wajib mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama dengan skim ini daripada agensi kerajaan lain
Rawatan sakit ringan yang diberikan:
- Demam dan selsema
- Cirit birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Jumlah manfaat yang diterima:
- Isi rumah berkeluarga: RM250
- Warga emas tanpa pasangan: RM125
- Bujang: RM75
Tarikh dikemaskini: 17/7/2025
Komen topik iniPeka B40
PEKA B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diperkenalkan untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah (B40) kepada penjagaan kesihatan, terutamanya dari aspek pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).
Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 40 tahun dan ke atas
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangan mereka
Manfaat Skim PeKa B40
- Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma
Saringan kesihatan percuma di klinik swasta berdaftar dengan PeKa B40 yang merangkumi:
- Pengambilan sejarah kesihatan termasuk faktor risiko kesihatan
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- Ujian darah dan ujian air kencing
- Manfaat 2: Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
Manfaat ini melibatkan bantuan alat perubatan yang tidak diberikan subsidi oleh hospital KKM.
Antara alat bantuan perubatan termasuk:
- Stent untuk jantung
- Bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis
- Kerusi roda
Saringan kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat ini.
- Manfaat 3: Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak RM1,000
Insentif ini diberikan kepada pesakit kanser dari kalangan B40 dan dipecahkan kepada dua kali pembayaran:
- RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
- RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser
Pesakit perlu melengkapkan saringan kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu dan kelayakan Manfaat 3 ini perlu disahkan doktor atau pakar perubatan KKM.
- Manfaat 4: Insentif tambang pengangkutan
Penerima Manfaat 2 (bantuan alat perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (insentif melengkapkan rawatan kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
- RM500 untuk Semenanjung Malaysia
- RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan
Jumlah insentif tamban tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Tarikh dikemaskini: 18/7/2025
Komen topik ini