Program TVET

SEKOLAH & PENDIDIKAN

Views: 175

Program TVET

  • Kenali TVET

    TVET ialah singkatan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training). Ia merupakan satu bentuk pendidikan yang menekankan kemahiran praktikal dan teknikal bagi menyediakan pelajar untuk alam pekerjaan dan keusahawanan.

    Dasar TVET Negara

    Dasar TVET Negara 2030 merupakan dasar utama untuk memperkasakan dan memartabatkan pelaksanaan TVET di Malaysia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dengan berpendapatan tinggi. 

    Pengiktirafan Sijil TVET

    • Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan NOSS (National Occupational Skills Standards)
    • Standard COPTPA (Code of Practice  TVET Program Accreditation)  di bawah MQA
    • Pensijilan lain yang dikeluarkan oleh beberapa agensi pensijilan seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga

    Siapakah yang patut memilih TVET?

    • Pelajar yang minat belajar secara praktikal
    • Pelajar yang ingin masuk ke pasaran kerja lebih awal
    • Pelajar yang ingin menjadi usahawan kemahiran
    • Lepasan SPM yang mencari laluan alternatif ke universiti

    TVET merangkumi pelbagai bidang, antaranya:

    • Automotif
    • Kulinari & Hospitaliti
    • Teknologi Maklumat
    • Elektrik & Elektronik
    • Mekatronik & Robotik
    • Kejuruteraan Awam & Mekanikal
    • Fesyen & Reka Bentuk

    Tarikh dikemaskini: 14/8/2025

    Komen topik ini
  • Laluan Pendidikan Untuk TVET

    Berikut merupakan laluan pendidikan TVET bermula daripada pendidikan rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi:

    Infografik Laluan TVET

    Rujukan: Dasar TVET Negara 2023

    Tarikh dikemaskini: 14/8/2025

    Komen topik ini
  • TVET Perdana

    TVET Perdana merupakan program latihan kemahiran sepenuh masa yang disasarkan kepada pelajar lepasan SPM atau setaraf. 

    Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

    Program TVET Perdana sesuai untuk:

    • Pelajar lepasan SPM
    • Ingin mengambil bidang kemahiran TVET secara sepenuh masa

    Permohonan kemasukan program/kursus TVET Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu:

    • Ambilan Januari 
    • Ambilan Julai (selepas keputusan SPM dikeluarkan)

    Tarikh dikemaskini: 14/8/2025

    Komen topik ini
  • TVET Flexi

    Sekiranya anda ingin mengambil bidang kemahiran TVET tetapi tidak dapat mengikuti program sepenuh masa, anda boleh memohon TVET Flexi dengan mod pembelajaran yang fleksibel.

    Program ini menawarkan pensijilan penuh serta pensijilan mikro mengikut bidang pilihan. 

    TVET Flexi sesuai untuk:

    • Golongan profesional bekerja yang ingin menambah kemahiran
    • Mereka yang tidak mampu hadir sepenuh masa
    • Individu bekerja dengan pengalaman industri & ingin mendapatkan sijil formal

    Tarikh dikemaskini: 13/8/2025

    Komen topik ini
  • Senarai Institusi dan Kursus TVET

    Anda masih mencari kursus dan lokasi yang bersesuaian dengan keperluan anda? 

    Terdapat 685 institusi awam di bawah 12 kementerian yang menawarkan pelbagai program/ kursus TVET di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

    Carian institusi TVET dan maklumat berkaitan program/ kursus yang ditawarkan boleh dibuat melalui pautan berikut:

    Tarikh dikemaskini: 13/8/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved