SEKOLAH & PENDIDIKAN
Views: 59
Program Pembangunan Diri
Program Rakan Muda 2.0
Program Rakan Muda merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mula diperkenalkan pada tahun 1994. Ia bertujuan untuk menjadi platform pembangunan belia yang menyeluruh, berfokus kepada minat, potensi dan gaya hidup anak muda Malaysia.
Pada tahun 2023, Program Rakan Muda telah diperbaharui dengan pendekatan lebih segar dikenali sebagai Rakan Muda 2.0, selari dengan perkembangan semasa, digitalisasi, serta keperluan generasi Z dan Alpha.
Program Rakan Muda 2.0
Di bawah program Rakan Muda, terdapat pelbagai bengkel, kejohanan, dana dan program khas khusus untuk belia mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
Anda boleh memilih program mengikut 10 gaya hidup pilihan seperti:
Tarikh dikemaskini: 14/8/2025
Komen topik iniKafeTEEN oleh LPPKN
Pusat Remaja KafeTEEN merupakan inisiatif yang diwujudkan oleh LPPKN untuk menyediakan ruang santai, selamat dan mesra remaja bagi mendapatkan maklumat dan khidmat berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial.
Perkhidmatan utama Kafe@TEEN
- Kaunseling individu dan berkumpulan (oleh kaunselor terlatih)
- Pendidikan kesihatan reproduktif dan seksualiti
- Ceramah dan aktiviti interaktif
- Latihan kemahiran sosial, kepimpinan dan pengurusan diri
- Bimbingan kerjaya dan perancangan masa depan
Lokasi:
Terdapat 18 pusat Kafe@TEEN aktif di seluruh negara, antaranya:
- Kuala Lumpur
- Johor Bahru
- Pulau Pinang
- Sarawak
Tarikh dikemaskini: 14/8/2025
Komen topik ini