Sekolah Rendah Pendidikan Khas

  • Topik:
    Sekolah Rendah Pendidikan Khas

  • Kategori

  • Persona

    Ibu Bapa kepada Kanak-kanak (7-12 tahun)
    Ibu Bapa kepada Anak Kecil (0-6 tahun)
  • Agensi

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)

Sekolah yang ditubuhkan khusus sepenuhnya untuk MBPK yang mempunyai kemudahan khas seperti bilik terapi, alat bantu pengajaran, dan guru terlatih.

Senarai sekolah pendidikan khas

Antara program yang disediakan untuk keperluan MBPK di Malaysia adalah: 

  1. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Program khas dalam sekolah arus perdana untuk MBPK 

Murid MBPK ditempatkan dalam kelas khas tetapi berkongsi persekitaran dengan murid biasa

Ditawarkan diperingkat rendah dan menengah di seluruh negara

Baca lebih lanjut

  1. Program Pendidikan Inklusif

Berbeza dengan PPKI, MBPK diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa bersama-sama rakan sebaya dengan sokongan dan penyesuaian pembelajaran mengikut keperluan individu.

Baca lebih lanjut

Syarat Kemasukan Sekolah Pendidikan Khas

  • MPBK yang memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) atau mempunyai surat pengesahan oleh pengamal perubatan / pakar pendidikan khas.
  • Pendaftaran melalui Portal idMe
  • Bagi PPKI, murid perlu melalui saringan dan penilaian sebelum ditempatkan dalam program pendidikan khas.

Rujukan: KPM Pendidikan Khas

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved