Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah institusi pendidikan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan fokus untuk menawarkan pendidikan akademik dan latihan sukan secara formal bagi melahirkan atlet muda berbakat dalam pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain.
Kemasukan
- 2 kali setahun (Januari dan Julai)
- Murid dicalonkan berdasarkan Talent Identification and Development (TID) oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), atau oleh pencalon daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN)
- Tawaran diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan
- Perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan