Panggilan Talian Kasih 15999
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
MOHON BAHARU
KATEGORI: KESIHATAN IBU DAN WANITA
Talian Kasih 15999 ialah platform talian aduan awam 24 jam yang menawarkan khidmat aduan dan bantuan segera berkaitan Perkhidmatan Kaunseling, Penderaan, Pengabaian Kanak-kanak, Gangguan Seksual, Pembuangan Bayi, Kebajikan Kumpulan Sasaran, Bantuan Perlindungan, Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Bimbingan Sosial Remaja dan isu sosial lain. Disediakan oleh KPWKM secara percuma dan rahsia. Aplikasi mudah alih dibangunkan untuk membuat aduan dan memaparkan semula aduan yang telah dihantar ke Talian Kasih 15999 dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Pengguna SasarIndividu dlm krisis, korporat, wanita, keluarga, warga emas, OKU, kanak-kanak
Kaedah PerkhidmatanTelefon, WhatsApp, Aplikasi Mudah Alih (24 jam)
Tempoh MasaSegera hingga beberapa hari bergantung kepada kes
Caj & BayaranTiada
Cara PembayaranTidak berkaitan
Terdapat kriteria kelayakan dan dokumen yang diperlukan untuk memohon perkhidmatan digital ini termasuklah:

Tiada dokumen diperlukan semasa aduan awal. Maklumat tambahan mungkin diminta jika perlu siasatan lanjut.

Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved