Talian Kasih 15999 ialah platform talian aduan awam 24 jam yang menawarkan khidmat aduan dan bantuan segera berkaitan Perkhidmatan Kaunseling, Penderaan, Pengabaian Kanak-kanak, Gangguan Seksual, Pembuangan Bayi, Kebajikan Kumpulan Sasaran, Bantuan Perlindungan, Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Bimbingan Sosial Remaja dan isu sosial lain. Disediakan oleh KPWKM secara percuma dan rahsia.
Aplikasi mudah alih dibangunkan untuk membuat aduan dan memaparkan semula aduan yang telah dihantar ke Talian Kasih 15999 dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.