Pasangan Ingin Bercerai

Icon Persona Pasangan Ingin Bercerai

Bagi pasangan yang telah bercerai terutamanya golongan wanita, terdapat bantuan sokongan yang diberikan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Fungsi utama bahagian ini adalah menguatkuasakan perintah mahkamah berkaitan nafkah.

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Tuntutan nafkah tertunggak
  • Penguatkuasaan perintah nafkah (cth: potongan gaji suami)
  • Khidmat guaman syarie percuma bagi kes berkaitan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah.
  • Menyediakan bantuan kewangan sementara menanti kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah di Mahkamah Syariah selesai
  • BSK Transit (perluasan) iaitu tuntutan kos penginapan, makan minum dan pengangkutan bagi pelanggan yang menghadiri kes yang dikendalikan oleh BSK.

Prosedur permohonan apabila bekas suami/ bapa enggan membayar nafkah seperti yang diperintah oleh mahkamah:

  • Bekas isteri/ anak boleh membuat aduan kepada BSK
  • Pegawai BSK akan membuat tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara melibatkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian
  • Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah

Tarikh dikemaskini: 15/7/2025

Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved