Rujuk bermaksud kembalinya suami kepada isteri dalam tempoh ‘iddah selepas talak raj’i (talak 1 atau talak 2), tanpa memerlukan akad nikah baru.
- Rujuk hanya boleh dilakukan jika perceraian adalah talak 1 atau 2.
- Tidak boleh rujuk bagi penceraian talak 3, melalui hakam, fasakh, janda berhias (isteri yang berkahwin tetapi tidak disetubuhi) atau selepas tamat ‘iddah.
Prosedur rujuk
- Pasangan boleh memohon pendaftaran rujuk di pejabat Agama
- Pengesahan di Mahkamah Syariah
Permohonan rujuk akan dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk:
- Pengesahan lafaz rujuk oleh suami
- Memastikan rujuk dibuat dalam tempoh ‘iddah
- Pendaftaran Rujuk
Selepas pengesahan mahkamah, Pejabat Agama akan mengeluarkan Sijil Rujuk.
Anda juga boleh memohon pendaftaran rujuk menerusi portal SPPIM. Prosedur pendaftaran rujuk adalah berbeza mengikut negeri.
Tarikh dikemaskini: 15/7/2025
Komen topik ini