Bagi kes-kes sivil berkaitan perceraian yang tidak melibatkan Mahkamah Syariah, pasangan Islam atau bukan Islam boleh memohon bantuan guaman menerusi Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
Perkhidmatan yang ditawarkan JBG berkaitan perceraian:
- Khidmat nasihat guaman
JBG menyediakan nasihat guaman kepada semua warganegara Malaysia dengan fi pendaftaran yang berpatutan
- Bantuan guaman
JBG menyediakan bantuan guaman termasuk tuntutan nafkah, penguatkuasaan perintah nafkah, tuntutan cerai, hak penjagaan anak dan harta sepencarian
- Khidmat pengantaraan
JBG menyediakan perkhidmatan pengantaraan bagi menyelesaikan pertikaian secara damai dan sukarela dengan bantuan pengantara
Terdapat fi dan syarat kelayakan untuk mendapatkan khidmat bantuan guaman berkaitan kes perceraian di atas.
Tarikh dikemaskini: 18/7/2025
Komen topik ini