Pasangan Ingin Bercerai

Icon Persona Pasangan Ingin Bercerai

Langkah-langkah pendaftaran kes di Mahkamah Syariah (secara umum)

Tertakluk di bawah Undang-Undang Keluarga di negeri masing-masing.

  1. Kenalpasti jenis kes

Contoh: Permohonan perceraian, nafkah, hak jagaan anak, pengesahan nikah, mutaah dll.

Setiap jenis kes mempunyai borang dan dokumen sokongan tersendiri.

Contoh permohonan cerai:

    • Permohonan cerai oleh isteri
    • Permohonan taklik
    • Pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah

Contoh permohonan nafkah:

    • Tuntutan tunggakan nafkah semasa perkahwinan
    • Tuntuan nafkah selepas perceraian
    • Tuntutan nafkah anak
  1. Dapatkan borang dan lengkapkan dokumen

Borang boleh diperoleh di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah negeri masing-masing atau dimuat turun dari laman web Mahkamah Syariah negeri.

Semasa permohonan borang, pihak mahkamah akan menyemak sekiranya terdapat sebarang permohonan yang sama bagi mengelakkan pertindihan permohonan.

  1. Serahan dokumen di kaunter pendaftaran

Pemohon perlu hadir ke Mahkamah Syariah daerah/negeri yang berkaitan utk serahan dokumen.

Bayaran fi pendaftaran akan dikenakan (jumlah berbeza mengikut jenis kes dan negeri).

  1. Terima tarikh sebutan kes

Selepas permohonan lengkap, pihak mahkamah akan menetapkan tarikh sebutan kes. Sekiranya perlu, permohonan akan dibawa ke Majlis Sulh (perdamaian) tanpa perlu perbicaraan di mahkamah. 

Sistem e-Syariah Versi 3 (e-Syariah V3)

Sistem ini merupakan platform utama yang menyelaras pengurusan kes syariah di seluruh negara dan digunakan semua negeri kecuali negeri Sarawak. Melalui e-Syariah V3, pengguna boleh:

  • Membuat permohonan janji temu
  • Menyemak status kes dan tarikh perbicaraan

Tarikh dikemaskini: 15/7/2025

Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved