Secara ringkasnya, perceraian pasangan Islam terbahagi kepada beberapa jenis.
- Talak: Lafaz cerai oleh suami. Talak satu dan dua boleh dirujuk semula dalam tempoh iddah
- Cerai tebus talak (khuluk): Isteri memohon cerai dengan membayar pampasan kepada pihak suami
- Fasakh: Cerai yang diputuskan oleh mahkamah atas sebab-sebab tertentu seperti penderaan, suami hilang, atau tidak memberi nafkah
- Taklik: Cerai berdasarkan syarat yang dilafazkan selepas akad nikah
- Li’an: Suami menuduh isteri berzina dan bersumpah menolak anak di dalam kandungan sebagai anaknya
Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Tarikh dikemaskini: 15/7/2025
Komen topik ini