Pasangan Ingin Berkahwin

Icon Persona Pasangan Ingin Berkahwin

Bagi pasangan bukan Islam yang ingin mendaftar perkahwinan, agensi yang terlibat dalam urusan pendaftaran adalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Setiap pasangan bukan Islam wajib mendaftar perkahwinan di JPN.

Prosedur asas:

  1. Permohonan pendaftaran perkahwinan 

Permohonan boleh dibuat di cawangan JPN mengikut alamat kad pengenalan pemohon atau secara dalam talian di pautan berikut:

  1. Pamer notis perkahwinan

Selepas permohonan dibuat, notis perkahwinan akan dipamer dalam tempoh 21 hari di JPN. 

  1. Pengupacaraan perkahwinan 

Upacara perkahwinan akan dilaksanakan selepas tamat 21 hari dan tidak lebih daripada tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima. 

Bagi permohonan yang telah tamat tempoh 6 bulan, pasangan perlu mengemukakan permohonan semula.

Rujukan: Portal JPN - Perkahwinan

Tarikh dikemaskini: 17/7/2025

Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved