Perkhidmatan Kenderaan

Pengangkutan

Views: 53

Perkhidmatan Kenderaan

  • Membida nombor plat kenderaan

    Apakah JPJeBid?

    JPJeBid ialah sistem bidaan dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan orang awam membida nombor pendaftaran kenderaan pilihan mereka secara terbuka dan telus.

    Syarat membida:

    1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
    2. Memiliki akaun JPJeBid di mana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu
    3. Nombor SSM diperlukan bagi syarikat
    4. Mempunyai baki wang mencukupi untuk bidaan
    5. Rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam aplikasi JPJeBid

    Sekiranya anda memenangi bidaan:

    1. Anda akan menerima notis kelulusan bidaan dalam tempoh 24 jam.
    2. Nombor plat boleh:
      • Didaftarkan terus ke kenderaan baharu
      • Disimpan (reserve) selama 12 bulan

    Maklumat penting:

    • Deposit akan dipulangkan jika bidaan gagal (dalam tempoh 14 hingga 30 hari)
    • Satu nombor plat hanya boleh dimenangi oleh 1 individu/syarikat
    • Rujuk terma dan syarat yang terkandung dalam aplikasi JPJeBid

    Anda juga boleh membida nombor plat kenderaan menerusi portal MySIKAP atau aplikasi JPJeBid Mobile.

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Jual beli kenderaan

    Jual beli kenderaan di Malaysia melibatkan proses dan pematuhan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Proses urus niaga boleh dilakukan melalui pengedar sah, antara individu atau melalui syarikat jualan kereta terpakai yang berdaftar. 

    Jenis urusniaga kenderaan

    • Kenderaan baru

    Dibeli terus dari pengedar atau syarikat kenderaan berdaftar.

    • Kenderaan terpakai

    Jual beli antara individu atau melalui syarikat kereta terpakai. Sekiranya melalui syarikat kereta terpakai, mereka akan menguruskan keseluruhan proses dengan kos bayaran tertentu.

    Proses jual beli kenderaan terpakai (Individu ke Individu)

    1. Periksa Status Kenderaan
      • Pastikan tiada saman tertunggak, rekod sekatan, atau pinjaman belum selesai
      • Semak melalui MyJPJ atau MyEG atau APAD

    2. Lakukan pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM atau pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) yang diiktiraf
      • Pemeriksaan adalah wajib untuk pindah milik kenderaan persendirian

    3. Selesaikan bayaran & tandatangan perjanjian jual beli
      • Untuk keselamatan, sediakan resit bayaran dan salinan IC kedua-dua pihak

    4. Pindah milik kenderaan di JPJ
      • Pemunya berdaftar dan pembeli perlu hadir ke JPJ bagi tujuan pengesahan cap jari secara biometrik dalam tempoh 7 hari 


    1. Bayar cukai jalan (jika tamat tempoh)
      • Pembeli boleh terus perbaharui cukai jalan dan insurans

    Maklumat penting:

    • Tiada senarai hitam oleh JPJ atau PDRM (digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu)
    • Jika pemilik asal telah meninggal dunia, anda perlu mengikut proses pentadbiran harta pusaka terlebih dahulu seperti Amanah Raya dan sebagainya.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved