Pengangkutan
Views: 19
Lesen Memandu
Jenis Lesen Memandu
Di Malaysia, memiliki lesen memandu merupakan kewajipan bagi individu yang ingin memandu kenderaan di jalan raya. Lesen Memandu Malaysia (LMM) merupakan dokumen rasmi yang membolehkan seseorang individu memandu kenderaan bermotor di jalan raya secara sah mengikut undang-undang.
Jenis Lesen Memandu:
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniLesen Mengikut Kelas Kenderaan
Lesen Memandu Malaysia (LMM) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terbahagi kepada beberapa kelas mengikut jenis kenderaan.
Lesen Memandu Malaysia (LMM)
Lesen Vokasional
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniMemohon Lesen Memandu
Berikut ialah proses umum untuk mendapatkan lesen motosikal atau motokar (Kelas B2/ B atau D/ DA):
1. Daftar dengan Institut Memandu Bertauliah
- Pilih institut memandu berdaftar dengan JPJ.
- Menjalani kursus teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01)
2. Menjalani dan lulus ujian undang-undang jalan raya Bahagian 1
3. Terima lesen belajar memandu (LDL)
- Dikeluarkan selepas lulus ujian teori Bahagian 1
- Sah untuk menjalani latihan praktikal memandu.
4. Menjalani latihan praktikal memandu di litar dan jalan raya
- Latihan litar (6 jam) dan jalan raya (10 jam) mengikut Kurikulum JPJ
- Wajib menyelesaikan minimum jam latihan yang ditetapkan.
5. Menjalani ujian memandu
- Ujian memandu dilaksanakan oleh penguji daripada JPJ.
- Terbahagi kepada 2 bahagian:
- Ujian litar
- Ujian jalan raya
6. Terima lesen memandu percubaan (PDL)
- Dikeluarkan selepas lulus Ujian Amali Bahagian 2 & 3
- Tempoh sah PDL 2 tahun
- Dibatalkan sekiranya mata demerit KEJARA melebihi 20 mata
- Rujukan: Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya Kejara
7. Terima Lesen Memandu Kompeten (CDL)
- Selepas memegang lesen PDL selama tempoh matang 2 tahun, pemegang perlu menukar lesen PDL kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun
- Lesen memandu akan dibatalkan sekiranya ianya digantung menerusi sistem demerit sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniMembaharui Lesen Memandu
Setiap jenis lesen memandu perlu diperbaharui mengikut tempoh sah.
Jenis lesen yang boleh diperbaharui serta tempoh sah laku:
- LDL (Lesen Belajar Memandu): 3 atau 6 bulan (maksimum 2 tahun)
Rujukan: Pembaharuan Lesen Belajar Memandu LDL
- CDL (Lesen Memandu Kompeten): 1 - 5 tahun
Rujukan: Pembaharuan Lesen Memandu Kompeten CDL
- PSV / GDL/ Konduktor (Lesen Vokasional): 1 tahun
Rujukan: Permohonan Lesen Vokasional GDL, PSV dan Konduktor
Lesen yang telah tamat tempoh melebihi 3 tahun adalah tidak sah, tidak berkuatkuasa dan tidak boleh diperbaharui (selain LDL). Pemegang lesen perlu mengulang semula keseluruhan proses bagi memohon lesen memandu dari awal.
Lesen PDL tidak boleh diperbaharui selepas memegang lesen tersebut selama tempoh matang 2 tahun. Pemegang perlu menukar kepada lesen CDL dalam tempoh 1 tahun.
Cara membaharui lesen:
1. Secara fizikal (kaunter)
- JPJ Negeri/ Cawangan/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Kaunter JPJ Mobile
- Pejabat Pos Malaysia
- Kios
2. Secara dalam Talian
- Portal MySIKAP
- Aplikasi mudah alih MyJPJ
- Portal MyEG
Lesen Digital:
Selepas permohonan/pembaharuan LDL/PDL/CDL, anda boleh menggunakan versi lesen digital melalui aplikasi MyJPJ.
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniKenali Sistem KEJARA
Sistem KEJARA atau nama penuhnya Sistem Kesalahan Jalan Raya diwujudkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendidik dan mendisiplinkan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya melalui sistem mata demerit.
Bagaimana Sistem KEJARA Berfungsi?
Setiap kesalahan lalu lintas yang dilakukan akan dikenakan mata demerit tertentu. Jika jumlah mata melebihi had, tindakan seperti penggantungan atau pembatalan lesen memandu boleh dikenakan.
Contoh Kesalahan & Mata Demerit KEJARA:
- Memandu melebihi had laju: 6 - 8 mata
- Langgar lampu isyarat merah - 10 mata
- Tidak memakai tali pinggang keledar - 3 mata
- Guna telefon semasa memandu - 10 mata
Jumlah Mata Demerit & Tindakan
- 20 mata - Lesen digantung 6 bulan
- 40 mata - Lesen digantung 12 bulan
- 60 mata - Lesen dibatalkan
Jika lesen digantung 3 kali berturut-turut dalam tempoh 5 tahun, lesen akan dibatalkan dan anda perlu mengambil semula lesen dari peringkat awal.
Mata KEJARA akan dihapuskan sebanyak separuh secara automatik selepas 1 tahun jika tiada kesalahan baharu dilakukan.
Semakan Mata KEJARA:
Pemandu boleh menyemak jumlah mata KEJARA yang terkumpul melalui:
- MySIKAP JPJ
- Kaunter JPJ berdekatan
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik ini