Perkhidmatan ini membolehkan individu membuat permohonan gantian kad rosak, kad hilang atau cip rosak pada kad pengenalan (MyKad).
Perkhidmatan ini membolehkan murid berkeperluan khas membuat permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV). Pemilihan dibuat berdasarkan keperluan khas murid, penilaian akademik, dan kemahiran tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perkhidmatan ini membolehkan murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 membuat permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Pemilihan dibuat berdasarkan keputusan akademik, ujian khas UKKM, dan kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Perkhidmatan ini membolehkan murid Tingkatan 3 membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi Tingkatan 4. Pemilihan berdasarkan kelayakan akademik, kokurikulum, dan saringan tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa atau penjaga membuat semakan status pendaftaran prasekolah KPM & tadika Swasta secara dalam talian.
Perkhidmatan ini membolehkan individu atau pasangan yang ingin menjadi ibu bapa pelihara memohon pengambilan anak pelihara secara dalam talian. Permohonan ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan setiap anak pelihara diberikan kepada keluarga yang layak dan memenuhi syarat.
Sistem ini membolehkan individu menyemak status permohonan MyKad secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semakan boleh dilakukan dengan memasukkan maklumat peribadi yang diperlukan.
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa atau penjaga membuat permohonan awal kad pengenalan MyKad bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun secara dalam talian sebelum hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses pengesahan dan pengambilan MyKad.
Sistem ini membolehkan ibu bapa atau penjaga menyemak status permohonan MyKid secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Perkhidmatan ini membolehkan ibu bapa membuat pra-pendaftaran kelahiran anak secara dalam talian sebelum hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahan dan mendapatkan sijil kelahiran. Sistem ini mempercepatkan proses dokumentasi dan mengurangkan masa menunggu di kaunter bagi mengelakkan pendaftaran lewat kelahiran
Permohonan lesen memandu bagi seluruh rakyat.
Percubaan perkhidmatan tanpa pautan aplikasi.
Huraian perkhidmatan test dalam Bahasa Melayu.