Perkahwinan Pasangan Islam

Institusi Keluarga

Views: 17

Perkahwinan Pasangan Islam

  • Prosedur Perkahwinan Pasangan Islam

    Melangsungkan perkahwinan dengan bakal pasangan mempunyai beberapa langkah dan prosedur penting yang perlu anda ketahui. Secara asasnya, prosedur perkahwinan bagi pasangan Islam adalah seperti berikut:

    1. Kursus pra-perkahwinan 

    Wajib dihadiri oleh bakal pengantin. Terdapat beberapa pengecualian mengikut status bakal pengantin serta keperluan jabatan agama Islam negeri masing-masing.

    1. Permohonan kebenaran berkahwin 

    Dibuat secara dalam talian atau di pejabat agama.

    Setiap negeri mempunyai prosedur dan borang yang berbeza mengikut keperluan dan jenis permohonan kebenaran berkahwin. 

    Surat kebenaran berkahwin:

    • Dikeluarkan oleh pejabat agama selepas semua dokumen lengkap
    • Sah laku 90 hari dari tarikh dikeluarkan

    1. Akad nikah 

    Dijalankan oleh jurunikah bertauliah berdasarkan kebenaran berkahwin yang telah diperolehi.
    Pasangan hendaklah mendapatkan sijil nikah daripada juru nikah atau pejabat agama setelah selesai akad nikah.

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Kenali SPPIM

    SPPIM ialah singkatan bagi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia, satu sistem dalam talian yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk mengurus dan menyelaraskan urusan perkahwinan pasangan Islam di Malaysia.

    Perkhidmatan yang ditawarkan SPPIM

    • Kursus pra-perkahwinan
    • Kebenaran berkahwin
    • Nikah, cerai dan rujuk (NCR)
    • Khidmat nasihat
    • Meja bantuan
    • Program kekeluargaan

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Kursus Pra-Perkahwinan Islam

    Bagi pasangan Islam, kursus pra-perkahwinan merupakan satu syarat wajib sebelum anda boleh memohon kebenaran untuk berkahwin. 

    Kursus ini meliputi panduan dan kemahiran untuk membantu anda melayari hidup berumah tangga dengan aman dan sejahtera. Antara topik yang dikupas adalah:

    • Tasawwur Islam
    • Perkahwinan
    • Prosedur Perkahwinan
    • Tanggungjawab suami isteri
    • Komunikasi suami isteri
    • Pengurusan Kewangan
    • Pengurusan Kesihatan
    • Pengurusan Stress dan Konflik
    • Pembubaran Perkahwinan
    • Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus

    Permohonan pendaftaran kursus dan semakan jadual secara dalam talian boleh dibuat menerusi portal sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di pautan berikut:

    Sijil kursus pra-perkahwinan yang dikeluarkan akan digunakan untuk tujuan permohonan kebenaran untuk berkahwin.


    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Memohon kebenaran berkahwin pasangan Islam

    Sebelum melangsungkan perkahwinan, bakal pasangan perlu memohon kebenaran berkahwin di pejabat agama.

    Anda boleh memohon kebenaran secara terus dalam talian menerusi portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

    Terdapat beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan, disahkan dan dimuat naik semula untuk tujuan pengesahan pejabat agama seperti ujian saringan HIV dan maklumat wali. 

    Pastikan anda menyemak dan melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan selepas permohonan dibuat secara dalam talian. 

    Bagi negeri-negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM, anda juga boleh memohon kebenaran secara dalam talian di pautan berikut:

    Bagi pemohon dari negeri Sabah, permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat di pejabat agama daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

    Bagi kes-kes yang memerlukan kebenaran mahkamah, anda dinasihatkan untuk tidak menetapkan tarikh perkahwinan sebelum mendapat perintah mahkamah syariah.

    Selepas kebenaran berkahwin diterima, anda dan pasangan boleh meneruskan perancangan majlis akad nikah dan walimatul urus yang telah dirancang.

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Mendaftar perkahwinan Islam

    Sekiranya anda tidak mempunyai sijil nikah rasmi yang dikeluarkan oleh pejabat agama Islam di Malaysia, anda perlu mendaftarkan perkahwinan tersebut bagi mengelakkan implikasi undang-undang.



    Anda boleh memohon pendaftaran nikah mengikut prosedur yang digariskan melalui pautan di bawah:

    Bagi pemohon dari negeri Sabah, permohonan pendaftaran perkahwinan boleh dibuat di pejabat agama daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Kad nikah

    Kad nikah ialah kad rasmi sebagai bukti sah perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Permohonan kad nikah boleh dilakukan setelah mendapat sijil nikah dengan bayaran yang ditetapkan.

    Kelebihan memiliki kad nikah

    • Bukti sah perkahwinan yang lebih mudah dibawa berbanding sijil nikah fizikal.
    • Memudahkan urusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
    • Berguna semasa memohon bantuan, pengesahan waris, dan sebagainya.

    Kad nikah bukan dokumen wajib, tetapi berguna untuk urusan tanpa memerlukan anda membawa dokumen sijil nikah.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved