Kad Pengenalan

Pengenalan Diri

Views: 12

Kad Pengenalan

  • Pengenalan Berkaitan Kad Pengenalan

    Di Malaysia, setiap warganegara wajib mendaftar dan mempunyai kad pengenalan. 

    Apa Itu MyKad?
    MyKad adalah kad pengenalan pintar untuk warganegara Malaysia yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ia berfungsi sebagai dokumen identiti rasmi bagi individu berumur 12 tahun dan ke atas. MyKad dilengkapi dengan cip yang menyimpan maklumat peribadi pemilik dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi.

    Ciri-Ciri MyKad

    Ciri-ciri Kad Pengenalan

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Memohon MyKad 12 Tahun

    Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia yang mencapai umur 12 tahun wajib mendaftar kad pengenalan.

    Prosedur permohonan 12 tahun:

    • Pemohon perlu hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Dokumen diperlukan:
      • Sijil Kelahiran Asal
      • Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
    • Permohonan pertama adalah percuma jika dibuat dalam tempoh 30 hari selepas umur 12 tahun

    Bayaran RM10 akan dikenakan selepas 30 hari sehingga anak tersebut berusia 16 tahun. 

    Selepas umur 16 tahun, pendaftaran MyKad adalah dikira sebagai pendaftaran  lewat dan bayaran denda akan dikenakan. 

    Anak saya yang merupakan warganegara Malaysia berada di luar negara bersama saya sebelum usia 12 tahun sehingga usianya lebih 16 tahun. Bagaimana cara untuk saya memohon kad pengenalan beliau?

    Anak anda perlu memohon kad pengenalan dalam tempoh 30 hari selepas kembali ke tanah air. Tiada bayaran dikenakan dalam tempoh ini.

    Topik baru: Penggantian MyKad

    Penggantian diperlukan jika:

    • Kehilangan atau kecurian MyKad
    • MyKad rosak atau tidak boleh dibaca
    • Penukaran maklumat seperti alamat atau agama
    • Caj akan dikenakan berdasarkan sebab penggantian

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Penggantian MyKad 18 Tahun

    Sekiranya anda telah mencapai umur 18 tahun, anda wajib menggantikan MyKad sedia ada berdasarkan Peraturan 18, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

    Prosedur permohonan 18 tahun:

    • Pemohon perlu hadir ke cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    • Dokumen diperlukan: Kad pengenalan asal


    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Penukaran Alamat MyKad

    Perlukah saya menukar kad pengenalan sekiranya saya berpindah?


    Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, sekiranya anda bertukar tempat kediaman di mana tempoh tinggal adalah 90 hari atau lebih, anda perlu membuat gantian penukaran alamat pada kad pengenalan.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Penggantian Kad Pesara Polis/ Tentera

    Setiap anggota polis atau tentera yang telah bersara wajib memohon kad pengenalan (pesara polis/tentera) dalam tempoh 30 hari selepas tamat perkhidmatan.

    Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan ini.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Soalan Lazim Berkaitan Kad Pengenalan

    Baca soalan lazim berkaitan kad pengenalan

    Tarikh dikemaskini: 18/6/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved