Pengenalan Diri
Views: 33
Daftar Pengangkatan
Jenis pengangkatan di Malaysia
Adalah menjadi fitrah pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapat cahaya mata sebagai waris serta mengembangkan keluarga. Namun, bagi pasangan yang tidak mempunyai cahaya mata sendiri, mereka masih boleh mencurahkan kasih sayang dan membesarkan anak melalui anak angkat.
Apa itu pengangkatan?
Pengangkatan ialah proses di mana hak dan tanggungjawab ibu bapa kandung terhadap seorang kanak-kanak dipindahkan kepada ibu bapa angkat secara sah terhadap seorang kanak-kanak dipindahkan kepada ibu bapa angkat secara sah.Jenis Pengangkatan di Malaysia
- Pengangkatan De Facto melalui JPN (Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952) Akta 253
- Terpakai kepada semua rakyat Malaysia, termasuk Islam dan bukan Islam
- Tempoh jagaan kanak-kanak 2 tahun ke atas
- Tidak memerlukan perintah mahkamah
- Pengangkatan ini boleh dibatalkan sekiranya kanak-kanak didera atau diabaikan
- Pengangkatan melalui mahkamah (Akta Pengangkatan 1952) Akta 257
- Terpakai kepada bukan Islam sahaja
- Perintah pengangkatan dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen, Tinggi dan Rayuan
- Selepas perintah pengangkatan dikeluarkan, sijil kelahiran dibawah akta kelahiran dan kematian (Akta 299) akan digantikan dengan sijil kelahiran yang baru
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniMemohon anak pelihara
Sebelum memulakan proses pengangkatan, pasangan atau individu perlu memelihara anak yang ingin diangkatkan sekurang-kurangnya 2 tahun menerusi anak pelihara di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Anak Pelihara
Sekiranya anda ingin mengambil anak angkat menerusi JKM, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan anak pelihara terlebih dahulu dengan syarat-syarat yang berikut:
Setelah anak pelihara ini dijaga selama 2 tahun, anda boleh memulakan prosedur pengangkatan.
Tarikh dikemaskini: 5/7/2025
Komen topik iniProsedur pengangkatan
Terdapat dua jenis prosedur pengangkatan iaitu pengangkatan secara de facto melalui JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, proses pengangkatan adalah melalui perintah mahkamah sahaja.
Prosedur Pengangkatan
- Pengangkatan De Facto melalui JPN:
- Ibu bapa angkat memohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana keluarga itu bermastautin
- Jika diluluskan, pengangkatan akan didaftarkan dan sijil anak angkat akan dikeluarkan
- Pengangkatan melalui mahkamah:
Semenanjung:
- Pemohon perlu memohon melalui Firma Guaman yang dilantik oleh ibu bapa angkat atau Jabatan Bantuan Guaman.
- Permohonan perlu dihantar ke Ibu Pejabat JPNM, Putrajaya.
- Perintah Pengangkatan akan dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Rayuan.
Sabah:
Di Sabah, terdapat tiga kategori permohonan anak angkat iaitu:
- Mahkamah Anak Negeri bagi anak negeri Sabah sahaja
- Mahkamah Tinggi bagi bukan warganegara dan bukan orang asal (native)
- Mahkamah Tinggi Syariah bagi yang beragama Islam
- Pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan JPN di Sabah untuk mendaftarkan pengangkatan
Sarawak:
Permohonan pengangkatan di negeri Sarawak dibuat berdasarkan Adoption Ordinance 1958 (Sarawak CAP.91) dan Adoption Ordinance (Amendment) 2002 (Chapter A100) yang ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah.
- Pemohon perlu mengemukakan surat rasmi pelantikan daripada firma guaman untuk permohonan di mana-mana cawangan JPN di Sarawak
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik iniSoalan lazim berkaitan pengangkatan
Tarikh dikemaskini: 4/7/2025
Komen topik ini