Program PERMATA

Sekolah & Pendidikan

Views: 32

Program PERMATA

  • PERMATA Pintar

    Program PERMATA Pintar ialah inisiatif yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi pelajar pintar dan berbakat di Malaysia.

    Tempat operasi: Pusat PERMATA Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Proses pemilihan pelajar:

    Pelajar yang berminat perlu melalui beberapa peringkat saringan:

    1. Ujian UKM1

    Terbuka kepada semua pelajar Malaysia berumur 9 hingga 15 tahun

    1. Ujian UKM2

    Pelajar yang lulus UKM1 akan dijemput untuk menduduki ujian ini di pusat-pusat yang ditetapkan

    1. Program Pengayaan Cuti Sekolah (PPCS)

    Pelajar yang berjaya dalam UKM2 akan menyertai program ini, di mana mereka akan dinilai melalui Ujian UKM3

    1. Kemasukan ke Kolej PERMATA Pintar

    Pelajar yang lulus UKM3 dan menunjukkan prestasi cemerlang semasa PPCS akan ditawarkan tempat di Kolej PERMATA Pintar untuk meneruskan pendidikan menengah mereka

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • PERMATA Seni

    Program PERMATA Seni ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membimbing kanak-kanak serta remaja berbakat dalam bidang seni di Malaysia. 

    Komponen Utama PERMATA Seni:

    1. PERMATA Seni Koir
      • Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 10 tahun yang mempunyai bakat dalam seni suara
      • Latihan meliputi teknik vokal, harmoni, dan persembahan koir
    2. PERMATA Seni Tari
      • Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 10 tahun yang mempunyai bakat cemerlang dalam tarian tradisional dan kontemporari
      • Menekankan teknik tarian, ekspresi, dan persembahan pentas
    3. PERMATA Seni Muzik
      • Kanak-kanak berumur antara 7 hingga 17 tahun yang berbakat dalam bidang muzik
      • Memberikan latihan dalam permainan alat muzik bertali seperti viola, cello, dan double bass
      • Mempunyai keupayaan membaca nota muzik dan lulus dalam sesi uji bakat

    Program PERMATA Seni diselia oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Murid yang berminat untuk menyertai program ini perlu melalui proses uji bakat.

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • PERMATA Insan

    Program PERMATA Insan ialah inisiatif pendidikan yang ditubuhkan untuk mengenal pasti dan membimbing pelajar Islam yang pintar dan berbakat di Malaysia. 

    Tempat operasi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Syarat penyertaan kolej:

    • Murid beragama Islam
    • Berumur 11-12 tahun
    • Lulus Ujian UKM1, UKM2, merupakan Calon Murid Asas 1 dan melepasi semua komponen ujian Mukahyyam Al-Abrar

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved