Pendidikan awal kanak-kanak

Sekolah & Pendidikan

Views: 16

Pendidikan awal kanak-kanak

  • Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

    Maksud pendidikan awal kanak-kanak

    Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada proses pembelajaran yang diberikan kepada kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun. Ia merupakan fasa penting dalam perkembangan kognitif, sosial, emosi, dan fizikal kanak-kanak sebelum memasuki pendidikan formal di sekolah rendah. 

    Jenis pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia

    Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

    1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
      • Untuk kanak-kanak berumur 2-4 tahun
      • Dikendalikan oleh kerajaan dan agensi swasta
      • Di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    1. Tadika Swasta (TADIKA)
      • Untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
      • Dikendalikan oleh agensi swasta di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

      

    1. Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA)
      • Untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun
      • Dikendalikan oleh kerajaan di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

    1. Prasekolah
      • Disediakan di sekolah kerajaan di bawah selian Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
      • Terbuka kepada kanak-kanak 5-6 tahun

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

    Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah institusi yang menyediakan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun. Di Malaysia, semua TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bagi memastikan standard keselamatan dan kualiti penjagaan dipatuhi.

    Semak senarai TASKA berdaftar:

    Ibu bapa yang ingin memastikan TASKA pilihan mereka berdaftar dengan Kerajaan boleh melakukan semakan di portal berikut:


    Kepentingan memilih TASKA berdaftar:

    • Keselamatan: Memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak
    • Kebersihan: Menjaga kebersihan premis dan kesihatan kanak-kanak
    • Kualiti: Memberikan penjagaan dan pendidikan awal yang berkualiti
    • Kelayakan pengasuh: Pengasuh yang terlatih dan berkelayakan

    Dengan memilih TASKA berdaftar, anda dapat memastikan anak anda dapat menerima penjagaan dan pendidikan awal yang terbaik dalam persekitaran yang selamat dan terjamin.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Pra-Sekolah KPM

    Pra-Sekolah KPM

    Pra-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan untuk murid berumur 5 dan 6 tahun sebelum anak-anak ini memasuki alam persekolahan formal pada Tahun 1. Prasekolah ini ditawarkan di sekolah-sekolah rendah kerajaan. 

    Ciri-ciri Pra-sekolah KPM

    • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
    • Kelas dijalankan di sekolah kebangsaan
    • Makanan sihat disediakan berdasarkan garis panduan pemakanan yang ditetapkan

    Syarat Kemasukan Prasekolah KPM

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 5 dan 6 tahun pada tahun persekolahan yang dimohon
    • Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan kawasan luar bandar.

    Cara Permohonan

    • Secara dalam talian melalui sistem e-Prasekolah KPM di laman web rasmi KPM


    Tempoh permohonan: 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya

    • Borang permohonan juga boleh diperoleh di sekolah rendah yang menawarkan kelas prasekolah KPM

    Anda juga boleh menyemak senarai pra-sekolah berdaftar.

    Rujukan:

    Pendidikan Prasekolah

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • TABIKA KEMAS

    TABIKA KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

    Program ini diwujudkan bagi menyediakan pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun terutamanya di kawasan luar bandar, pedalaman dan komuniti B40.

    Ciri-Ciri TABIKA KEMAS

    • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
    • Fokus kepada kawasan luar bandar dan komuniti kurang berkemampuan bagi memastikan akses pendidikan awal kepada semua kanak-kanak

    Syarat Kemasukan TABIKA KEMAS

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun permohonan
    • Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar

    Cara Permohonan

    Permohonan boleh dibuat melalui:

    • Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan

    • Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat
    • Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu keempat bulan November

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • TABIKA Perpaduan

    TABIKA Perpaduan adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara. 

    Program ini diwujudkan untuk memberi pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan penekanan kepada perpaduan etnik dan integrasi nasional sejak usia muda.

    Ciri-Ciri TABIKA Perpaduan

    • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) oleh KPM
    • Fokus kepada pemupukan nilai perpaduan dengan penyertaan murid dari pelbagai etnik dan budaya

    Syarat Kemasukan TABIKA Perpaduan

    Warganegara Malaysia

    • Kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun pada tahun persekolahan (keutamaan diberi kepada kanak-kanak berumur 5-6 tahun)
    • Keutamaan kepada tempat kediaman atau tempat kerja dalam lingkungan 10 km dari lokasi TABIKA Perpaduan
    • Murid-murid bukan berkeperluan khas
    • Penyertaan terbuka kepada semua etnik dengan matlamat meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional

    Cara Permohonan

    Permohonan boleh dibuat melalui:

    1. Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di daerah masing-masing.
    2. Melalui sistem pendaftaran TABIKA Perpaduan dalam talian.
    1. Melalui guru atau pengurusan TABIKA Perpaduan di kawasan tempat tinggal.

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Tadika Swasta

    Tadika swasta di Malaysia merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang dikendalikan oleh pihak swasta. Ia menawarkan pendidikan kepada kanak-kanak berumur 4-6 tahun dengan tujuan membina asas yang kukuh dalam perkembangan akademik, sosial dan emosi sebelum mereka memasuki sekolah rendah.

    Antara kategori tadika swasta di Malaysia:

    1. Tadika Swasta
      • Menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
      • Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Program tambahan seperti QDEES atau BIR ALI
    2. Tadika di Sekolah Antarabangsa
      • Menggunakan kurikulum luar negara seperti Kurikulum British, Australia, Canada atau Amerika
      • Hanya beroperasi di sekolah antarabangsa

    Semua tadika swasta perlu berdaftar dengan agensi kerajaan yang berkaitan:

    • Tadika Swasta – Berdaftar di bawah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    • Tadika Islam / Pusat Tahfiz – Perlu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) jika menawarkan kurikulum agama

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved