Sekolah Menengah

Views: 18

Sekolah Menengah

  • Pendidikan Menengah di Malaysia

    Sekolah menengah di Malaysia merupakan peringkat pendidikan selepas sekolah rendah. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan ilmu pengetahuan, membentuk sahsiah murid, serta menyediakan mereka untuk alam pekerjaan atau pendidikan tinggi. 

    Struktur Pendidikan Menengah

    Sistem sekolah menengah di Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat utama:

    • Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
      • Murid berumur 13 hingga 15 tahun
      • Mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
      • Penilaian utama: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

     

    • Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
      • Murid berumur 16 hingga 17 tahun
      • Pilihan pakej mata pelajaran elektif seperti STEM, Sastera dan Perakaunan
      • Peperiksaan utama: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
      • Murid yang ingin melanjutkan ke Tingkatan 6 akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Memilih aliran akademik

    Sebagai ibu bapa kepada remaja, anda pasti sudah dapat mengenal pasti bakat, minat dan kecenderungan anak-anak dalam pembelajaran. Selain memastikan anak-anak mendapat pendidikan menengah yang menyeluruh, mereka juga boleh meneroka peluang-peluang yang sesuai dengan kecenderungan mereka. 

    Bagi memberikan peluang akademik yang sesuai kepada murid, KPM menawarkan Kurikulum Sekolah Standard Menengah (KSSM)  seperti yang berikut:

    1. Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)

    Murid dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

    1. Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)

    Murid perlu mengambil tiga kumpulan mata pelajaran iaitu:

      • Mata Pelajaran Teras
      • Mata Pelajaran Wajib 
      • Mata Pelajaran Elektif

    Murid boleh memilih gabungan mata pelajaran elektif berdasarkan minat dan kebolehan mereka.

    Dua pakej Mata Pelajaran Elektif yang ditawarkan adalah pakej STEM dan pakej Sastera dan Kemanusiaan. Murid boleh mengambil maksimum mana-mana lima mata pelajaran elektif daripada 4 kumpulan yang berikut:

      • Bahasa
      • Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas
      • Pengajian Islam
      • STEM 

    Bagaimanapun pilihan mata pelajaran elektif adalah bergantung kepada ketersedian di sekolah masing-masing.

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah institusi pendidikan elit yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. 

    Kategori SBP:

    1. SBP Premier

    Sekolah-sekolah yang mempunyai sejarah panjang dan reputasi cemerlang

    1. Sekolah Menengah Sains (SMS)

    Fokus kepada pendidikan dalam bidang sains dan teknologi

    1. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

    Menggabungkan kurikulum akademik dengan pendidikan agama Islam

    1. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

    Menekankan pendidikan agama Islam bersama-sama dengan kurikulum kebangsaan

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia ialah institusi pendidikan yang menggabungkan pendidikan akademik dan pengajian Islam.

    Kategori SMKA di Malaysia

    1. SMKA - Aliran Agama
      • Mengambil mata pelajaran tambahan Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah

    1. SMKA - Tahfiz Model Ulul Albab
      • Memberi fokus kepada hafazan Al-Quran 
      • Menggabungkan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan Program Ulul Albab 

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Kolej Vokasional (KV)

    Kolej Vokasional (KV) adalah institusi yang menawarkan pendidikan vokasional dan teknikal. Pelajar di KV akan memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)  Diploma Kolej Vokasional.

    Permohonan ke KV bermula untuk kemasukan ke Tingkatan 4. Murid yang berminat perlu mengambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

    Penilaian dan Sijil di KV

    • Murid akan menerima Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
    • Mereka juga boleh menyambung pengajian ke peringkat Diploma Kolej Vokasional sekiranya layak
    • Pelajar boleh terus bekerja selepas tamat pengajian atau menyambung ke peringkat diploma lanjutan atau ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)

    Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah sekolah menengah yang menawarkan pendidikan akademik dan teknikal secara serentak kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

    Aliran yang Ditawarkan di SMT:

    1. Kejuruteraan Awam
    2. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
    3. Kejuruteraan Mekanikal
    4. Perdagangan 
    5. Sains Pertanian 

    Penilaian dan Sijil yang Diperoleh:

    • Murid menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
    • Murid yang cemerlang boleh menyambung pelajaran ke diploma di politeknik, kolej matrikulasi teknikal, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

    Maktab Tentera Diraja (MTD) merupakan sebuah institusi pendidikan ketenteraan elit di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Murid akan diberi pendedahan awal kepada kehidupan ketenteraan bagi yang ingin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hanya pelajar lelaki yang boleh memohon MTD.

    Struktur pendidikan di MTD adalah seperti berikut:

    1. Peringkat Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5)

    Pelajar akan mengikuti kurikulum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut pilihan aliran yang disediakan

    1. Latihan Ketenteraan

    Pelajar menjalani latihan fizikal, kepimpinan dan disiplin berasaskan ketenteraan seperti berkawad dan pertahanan diri

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Memohon Sekolah Khusus Tingkatan 1

    Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan anak anda ke salah satu sekolah khusus untuk permohonan Tingkatan 1 iaitu SBP dan SMKA, anda boleh memohon mengikut langkah yang berikut:

    1. Kaedah Permohonan

    Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 

    1. Panduan Pengisian Borang

    Anda digalakkan untuk menyemak panduan permohonan seperti berikut. Pastikan anda turut menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan. 

    1. Semakan Keputusan

    Semak tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus di pautan berikut:

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Memohon Sekolah Khusus Tingkatan 4

    Sekiranya anda anda menunjukkan minat dan kecenderungan tertentu semasa di peringkat menengah rendah, mereka boleh memilih ke sekolah khusus berikut bagi permohonan ke Tingkatan 4:

    • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Kolej Vokasional (KV)
    • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
    • Maktab Tentera Diraja (MTD)

    Bagi setiap permohonan sekolah khusus di atas, anda boleh menyemak syarat kemasukan dan maklumat permohonan di pautan berikut:

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

    Selain daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sekolah khusus di bawah KPM, ibu bapa juga boleh menghantar anak ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

    Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) terbahagi kepada 5 program yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

    Permohonan Kemasukan

    Maklumat berkaitan MRSM dan permohonan melanjutkan pelajaran ke MRSM boleh dibuat melalui pautan berikut:

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    Sekolah Pendidikan Khas adalah sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Kategori Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    Sekolah Menengah Pendidikan Khas terbahagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada kategori murid:

    • Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK)
      • Sekolah yang sepenuhnya dikhaskan untuk MBPK yang cemerlang dalam akademik
      • Mempunyai kemudahan khas seperti alat bantu pengajaran, terapi pertuturan, bilik sumber pendidikan khas dan guru yang terlatih.

    • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)
      • Menawarkan pendidikan berasaskan kemahiran untuk membantu MBPK membina kerjaya selepas tamat persekolahan
      • Kursus termasuk Teknologi Jahitan, Penyediaan Makanan dan Mekanik

    Program Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kawalan KPM

    • Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 

    MBPK ditempatkan dalam kelas PPKI dalam sekolah menengah biasa

    Mereka belajar dalam program khas tetapi masih boleh menyertai aktiviti bersama murid lain

    • Program Pendidikan Inklusif (PPI)

    Program pendidikan yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan

    Rujukan: KPM Pendidikan Khas

    Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    Kurikulum ini bergantung kepada kategori murid

    1. Kurikulum Kebangsaan
      • Digunakan oleh murid yang boleh mengikuti kurikulum kebangsaan dengan pengubahsuaian atau sokongan tambahan

    1. Kurikulum Kemahiran
      • Digunakan di SMPKV, menekankan latihan kemahiran untuk murid MBPK
      • Murid boleh memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang membolehkan mereka terus bekerja atau melanjutkan pelajaran ke kolej kemahiran

    Syarat Kemasukan:

    • Murid yang telah dikenal pasti sebagai MBPK yang mempunyai kad OKU melalui penilaian pengamal perubatan/ pakar pendidikan khas 
    • Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ SMPKV akan menilai keperluan murid sebelum menentukan sama ada mereka sesuai ditempatkan dalam SMPK atau PPKI

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Seni Malaysia (SSeM)

    Sekiranya anak anda mempunyai bakat atau minat yang kuat terhadap bidang kesenian, mereka boleh memohon ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM).

    SSeM ialah institusi pendidikan khas yang menawarkan pendidikan akademik dan latihan seni secara formal kepada pelajar berbakat dalam bidang seni. 

    Bidang Pengajian di SSeM

    SSeM menawarkan pendidikan dalam empat bidang utama seni:

    • Seni Visual

    Lukisan, arca, reka bentuk, ilustrasi, dan seni digital

    • Seni Muzik

    Teori muzik, latihan vokal, alat muzik klasik dan moden, serta komposisi muzik

    • Seni Tari

    Teknik tarian tradisional dan moden, koreografi, serta persembahan pentas

    • Seni Teater

    Lakonan, pengarahan, penulisan skrip, dan produksi teater

    Permohonan Kemasukan

    Kriteria Pemilihan

    Murid yang telah disenarai pendek melalui Sistem Permohonan Murid ke Sekolah Seni Malaysia akan dipanggil untuk menyertai Sesi Serlahan Seni mengikut bidang yang dipilih. 

    Sesi Serlahan Seni akan dilaksanakan pada bulan November setiap tahun di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

    Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah institusi pendidikan khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan fokus untuk menawarkan pendidikan akademik dan latihan sukan secara formal bagi melahirkan atlet muda berbakat dalam pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, badminton, olahraga dan lain-lain.

    Kemasukan

    • 2 kali setahun (Januari dan Julai)
    • Murid dicalonkan berdasarkan Talent Identification and Development (TID) oleh Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK),  atau oleh pencalon daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN)
    • Tawaran diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan
    • Perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan 

    Tarikh dikemaskini: 5/7/2025

    Komen topik ini
  • Sekolah Menengah Swasta

    Selain daripada sekolah menengah aliran perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa juga mempunyai pilihan untuk menghantar anak mereka ke institusi pendidikan swasta (IPS).

    IPS ini dikendalikan oleh syarikat sendirian berhad, pertubuhan/persatuan, yayasan, koperasi atau kedutaan negara berkenaan.

    Jenis Sekolah Menengah Swasta di Malaysia

    1. Sekolah Menengah Akademik

    Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

    1. Sekolah Menengah Agama 

    Menggunakan kurikulum kebangsaan dan program tambahan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri 

    1. Sekolah Antarabangsa
      • Menawarkan kurikulum negara luar dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
      • 5 kurikulum yang dibenarkan:
        1. Kurikulum British
        2. Kurikulum Amerika 
        3. International Baccalaureate (IB)
        4. Kurikulum Kanada 
        5. Kurikulum Australia
      • Contoh peperiksaan: Cambridge IGCSE, A-Level, SAT

    1. Sekolah Pendidikan Khas
      • Menggunakan kurikulum kebangsaan iaitu kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas
    2. Sekolah Ekspatriat
      • Menggunakan kurikulum dan bahasa pengantar negara asal 
      • Memberikan pendidikan khusus kepada komuniti negara tersebut 
    3. Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
      • Penilaian utama adalah Unified Examination Certificate (UEC)

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
  • Soalan Lazim berkaitan Sekolah Menengah

    Tarikh dikemaskini: 4/7/2025

    Komen topik ini
Carian pantas
perkhidmatan & maklumat kerajaan
© 2025 Government of Malaysia All Rights Reserved